Monday, June 29, 2009

Tiga anakanda Tuanku Mizan sertai Maraton KL


TENGKU Muhammad Muaaz bersama adindanya Tengku
Fatimatuz Zahra (kanan) turut serta dalam larian Maraton KL di ibu kota semalam.



MUSA (tengah) turut menyertai Maraton KL di Dataran Merdeka semalam.


KUALA LUMPUR - Tiga anakanda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyertai larian Kids Dash, program sampingan dalam perlumbaan larian Standard Chartered KL Marathon 2009 di Dataran Merdeka di sini semalam.

Puteri sulung Tuanku Mizan, Tengku Nadhirah Zahrah, 12, mengambil bahagian dalam kategori 3 Kilometer (KM) dan dua lagi anakanda Seri Paduka, Tengku Muhammad Muaaz, 8, dan Tengku Fatimatuz Zahra, 7, mengambil bahagian dalam kategori 950 Meter yang disertai oleh lebih 500 orang kanak-kanak.

Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut berangkat ke Dataran Merdeka untuk memberi sokongan.

Keberangkatan Seri Paduka berdua pada pukul 8.30 pagi itu disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Ketiga-tiga anakanda Tuanku Mizan berjaya menamatkan larian tersebut mengikut kategori yang disertai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment