Sunday, June 28, 2009

Jamal pilih Ogy




HAI, bila cakap pasal Jamal Abdillah dan dunia lakonan, memang Diva tak boleh lupa chemistry dia dengan pasangannya, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy dalam filem Azura. Meleleh beb.

Jadi bila Diva dapat tahu yang Jamal nak ajak Ogy bersamanya di pentas Konsert Kembara Seni Jamal Abdillah pada Ogos nanti di Istana Budaya, Diva teruja. Apa tidaknya, dapat Diva saksikan aksi mereka di atas pentas secara live.

Tapi baru-baru ni, teman Diva menyampaikan sebenarnya Jamal sudah ubah fikiran. Dia bukan sekadar mahu menjemput Ogy menjayakan satu segmen lakonan dalam persembahannya nanti, sebaliknya telah melantik Ogy sebagai pengarah persembahan pada konsert mega itu.

Wah, besar tanggungjawab Ogy. Tapi Diva yakin Ogy pasti boleh lakukan dengan baik. Lagipun Diva rasa kerja-kerja macam tu telah jadi makanan dia. Ogy pun sudah cukup kenal karakter Jamal sepanjang persahabatan mereka.

Heliza Helmi Minta Pandangan Guru Agama Sebelum Mula Persembahan

Heliza Helmi PETALING JAYA:  Penyanyi Heliza Helmi memberitahu dia banyak merujuk tentang aurat suara wanita dalam menyanyi kepada ...