Saturday, June 27, 2009

Manohara diminta pulang


KERATAN Kosmo! 2 Jun.



Manohara



Fakhry


KUALA LUMPUR - Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry memberi tempoh sehingga 2 Julai ini kepada isterinya Manohara Odelia Pinot supaya kembali ke pangkuan suaminya yang sah di sisi hukum syarak dan melaksanakan tugas sebagai Cik Puan Temenggong Kelantan seperti yang telah diperakui oleh undang-undang.

Jika tuntutan tersebut tidak dilaksana sebelum tarikh itu, Tengku Muhammad Fakhry, 31, berkata, beliau tidak teragak-agak menggunakan segala haknya sebagai suami mengikut hukum syarak dan undang-undang yang ada tanpa merujuk terlebih dahulu kepada isterinya.

"Saya menegaskan sesungguhnya tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. Isteri wajib mematuhi arahan dan perintah suaminya selagi mana ia tidak melanggar hukum syarak dan undang-undang," demikian kata Tengku Muhammad Fakhry melalui satu kenyataan akhbar yang di faks oleh peguamnya semalam.

Sehubungan itu, Tengku Muhammad Fakhry berkata, beliau telah melantik peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar untuk mengendalikan kes-kes syariah manakala bagi kes sivil peguam Mohd. Haaziq Pillay akan mengendalikan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: