Monday, June 29, 2009

Malaysia jadi transit sebelum ke Australia




PELABUHAN KLANG - Hasrat 36 lelaki Afghanistan untuk menjejak kaki ke Australia berkubur apabila mereka ditahan bersama enam rakyat Pakistan dan 17 rakyat Indonesia.

Kesemua 59 rakyat asing itu ditahan di dalam empat buah sampan dan sebuah bot induk yang berada di perairan Selat Lumut dekat Pulau Indah dekat sini semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, Deputi Supritendan Marzuki Ismail berkata, tangkapan pertama pada pukul 11 malam kelmarin membabitkan sebuah sampan dengan lapan rakyat asing yang bergerak di perairan Selat Lumut menuju ke bot induk yang menunggu di perairan dekat Pulau Chondong.

"Kita mulanya mendapati sampan itu membawa sampah tetapi selepas diangkat sampah itu kita menjumpai lapan rakyat asing disembunyikan bawah timbunan sampah," kata beliau di sini semalam.

Tangkapan pertama itu membawa kepada penahanan tiga buah sampan lagi di perairan sama dan perairan Pintu Gedong.

"Ketiga-tiga sampan itu juga mahu menghantar penumpang ke bot induk yang terletak kira-kira 6.4 kilometer dari Pulau Indah," kata beliau semalam.

Menurut beliau, pada pukul 9.50 pagi semalam, polis menemui bot induk di Sungai Condong yang sedang menunggu penumpang daripada empat buah sampan yang ditahan.

"Di dalam bot induk itu kita menahan 21 lagi lelaki Afghanistan dan tiga lelaki Indonesia dipercayai tekong menyeludup manusia," kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: