Saturday, June 27, 2009

Transformasi segar Kosmo! 2


PENGERUSI Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (belakang enam dari kiri), Pengarah Eksekutif Kumpulan One Drop Sdn. Bhd., Saffar Noor (depan dua dari kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan One Drop, Josafri Johari (duduk depan) bersama sebahagian daripada artis di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur malam tadi.


KUALA LUMPUR - Akhbar kompak Kosmo! kini melakukan transformasi dengan pelancaran wajah baru seksyen rencana iaitu Kosmo! 2 pada majlis Parti Selebriti Kosmo! - One Drop Perfumes 2009 di sini semalam.


MOHAMED Hashim disaksikan Aziz (kiri) dan Baharom menurunkan tandatangan pada plak promosi wajah baru Kosmo! 2 pada Majlis Parti Selebriti Kosmo! - One Drop Perfumes 2009 di Kuala Lumpur semalam.


Wajah baru Kosmo! 2 tersebut dilancarkan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin pada majlis yang berlangsung penuh gilang-gemilang.

Antara ciri-ciri segar yang ditampilkan melalui Kosmo! 2 termasuk perubahan kepada masthead, persembahan cerita dengan lebih kemas dan menarik serta lebih bermaklumat.


ROZITA CHE WAN bersalaman dengan para pembaca Kosmo! yang begitu teruja bertemu beliau.


Kosmo! 2 telah memulakan tranformasi tersebut sejak Januari lalu dengan memperkenalkan enam sisipan melalui 16 muka surat iaitu Stailo yang berkisar tentang gaya dan kecantikan pada setiap Isnin, Gen-k iaitu berkenaan cara hidup generasi muda (Selasa) serta Infiniti mengenai gajet dan sains (Rabu).

Sisipan lain pula ialah Urban yang berkisar tentang rentak kehidupan kota (Khamis), Pesona khusus untuk wanita moden (Jumaat) dan Horizon mengenai liburan hujung minggu (Sabtu).


TOMOK (tengah), Roslan Shah (kanan) dan Linda Onn turut mengambil kesempatan menghiburkan para tetamu yang hadir.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment