Tuesday, June 30, 2009

Pelatih PLKN mati ketika tidur


ABDUL LATIF (kanan) turut mengiringi jenazah Abdul Malik untuk dibawa pulang dari Hospital Tuanku Fauziah, Kangar ke rumahnya di Sik, Kedah semalam.



Abdul Malik


KANGAR – Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Guar Cenderai, Padang Besar yang baru seminggu mengikuti latihan ditemui mati oleh rakan-rakannya ketika dikejutkan untuk solat Subuh pagi semalam.

Abdul Malik Ishak, 18, dari Kampung Relong, Jeneri, Sik, Kedah, ditemui mati di atas katil di berek penginapan kem itu dalam keadaan kaku pada pukul 5.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros, berkata, pelatih lain telah menggerakkan tubuh Abdul Malik untuk mengerjakan solat namun tiada tindak balas daripadanya.

“Selepas diperiksa oleh pihak pengurusan kem itu, mereka memaklumkan kepada Balai Polis Kaki Bukit untuk membawa Abdul Malik ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

“Abdul Malik kemudian disahkan mati mengejut oleh doktor kerana tiada kesan kecederaan fizikal mahupun selepas bedah siasat awal dilakukan,” katanya kepada pemberita di HTF di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: