Monday, June 29, 2009

Kemeriahan tema hitam putih

Kehadiran selebriti-selebriti membuatkan majlis tampak begitu gah, ditambah pula dengan kehadiran bintang-bintang wanita yang begitu obses dengan fesyen.




HITAM itu menawan, putih itu suci. Mengikut sejarah dahulu, fesyen berona hitam putih diambil daripada pakaian asas lelaki seperti kemeja putih, vest, seluar slack hitam, tuxedo dan jaket.

Secara tidak langsung, kesemua pakaian tersebut disatukan menjadi pakaian formal lelaki barat.

Melalui pakaian formal ini juga, ia menjadi panduan utama pereka-pereka dahulu untuk mengubah pakaian-pakaian tersebut kepada pakaian wanita.

Bermula dengan pakaian wanita ala-ala tuxedo, rekaan itu yang menggabungkan warna hitam putih mula mengembang dengan skop rekaan fesyen yang lebih luas.


DARI ATAS IKUT ARAH JAM: GAUN mini berenda menampakkan Winnie lebih muda berbanding usianya.
DRES hitam tanpa lengan menjadi pilihan Amyza Adnan.
GAYA bow tie yang dikenakan Fizo tampak segak.
ALA KORPORAT. Tas tangan kotak warna putih menyerlahkan lagi penampilan penyampai radio HotFM, Fara Fauzana.


Bertemakan warna hitam putih, lebih daripada 50 selebriti popular bersama pembaca-pembaca Kosmo! dan pengedar One Drop Perfumes berhimpun di Hotel Sheraton Imperial pada Parti Selebriti Kosmo! - One Drop Perfumes 2009 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Penuh dengan glamor, acara itu dijalankan dengan begitu gah dan tidak salah jika ia dianggap sebagai majlis selebriti yang begitu berprestij biarpun baru pertama kali dianjurkan.

Majlis makan malam berkonsep hitam putih dan glamor itu menyaksikan selebriti tempatan menggayakan persalinan mengikut imej pilihan masing-masing.

Nyata aura selebriti terserlah tatkala menggayakan fesyen terbaru mereka yang cukup mencuri tumpuan. Apatah lagi rona hitam putih mengikut tema yang ditampilkan, selebriti-selebriti ini tampak stailo dan berkeyakinan.


KIRI: PELAKON Ery tidak pernah menghampakan peminat- peminatnya tentang fesyen. Mafla hitam putih menambahkan keranggian Ery.
KANAN: NORYN lebih selesa tampil dengan gaya kontemporari.


Kehadiran selebriti-selebriti membuatkan majlis tampak begitu gah, ditambah pula dengan kehadiran bintang-bintang wanita yang begitu obses dengan fesyen, antaranya Ainul Aishah, Rabecca Nur Islam, Rozita Che Wan, Scha dan Lisa Surihani.

Tidak kalah juga selebriti-selebriti lelaki seperti Ery Putra, Shamsul Yusof, Hafiz (AF), Fizo, Kamal Adli dan Aznil Nawawi. Gaya mereka turut mencairkan sebilangan wanita yang hadir.

Bagaimanapun, pada malam itu, Rabecca paling menjadi tumpuan kerana pemakaiannya yang cantik dan agak berani sehingga dipanggil Aznil selaku juruacara majlis naik ke pentas untuk beradu dengan Intan Ladyana bagi pemilihan pakaian selebriti terbaik, Sementara itu, bagi kategori selebriti lelaki pula, pelakon Fahrin Ahmad dan Fazli Zainal menjadi calon.


DARI KIRI: Siapa yang lebih segak? Tam (kiri) atau Farish? Tam lebih memainkan warna putih dalam penampilannya dan Farish pula lebih selesa tampil dengan sut hitam.
JAKET kulit hitam ini antara baju kegemaran Liyana yang sering dipakai ke majlis. Sesuai dengan kasut gladiatornya.
BAJU putih ini sebenarnya boleh diubah kepada macam-macam gaya. Padanan dengan seluar atau kain juga sesuai untuk dikenakan pada tubuh Dayang Nurfaizah.
GAYA ranggi Ainul lebih lengkap dengan jaket labuh polkadot jenama Barbie.


Pelakon remaja Ainul Aishah berkata, parti itu bukan sahaja meriah dengan isi acaranya, malah tampak glamor dengan kehadiran selebriti yang bijak bergaya.

"Saya tak sangka yang majlis ini begitu hebat. Lebih mengujakan, artis-artis tempatan yang hadir begitu sporting.

"Apa yang saya nampak, mereka seolah-olah berlumba-lumba untuk kelihatan menarik. Ini yang membuatkan saya teruja dan ada juga beberapa artis yang memberikan saya sedikit ilham untuk penampilan saya.

"Saya rasa dengan adanya majlis seperti ini, ia mengembangkan lagi industri fesyen tanpa kita sedar," kata Ainul.


DARI KIRI: GAYA berani Rabecca Nur Islam.
BLAUS fabrik sifon menyerlahkan keayuan selebriti eksklusif Astro, Lisa Surihani.
WALAUPUN tidak mengikut tema, penampilan Jay Jay tetap menjadi tumpuan.


Kosmo! difahamkan, sebelum majlis itu diadakan, ada selebriti yang masih lagi tercari-cari baju yang sesuai untuk dipakai.

Sehinggakan ada selebriti yang terlalu sibuk dengan kerjaya lakonan ataupun nyanyian enggan memakai pakaian yang sudah ada, sebaliknya sanggup membeli pakaian baru untuk kelihatan menarik.

Benar, tema warna hitam putih kedengaran seperti mudah tetapi ia pasti akan merumitkan fikiran seseorang yang begitu menjaga penampilan diri.

Ery turut mengakui, dia mempunyai masalah yang sama, biarpun koleksi baju hitam putih banyak di dalam almarinya.

"Biasalah, setiap majlis yang dihadiri, semua orang mahu kelihatan cantik bagi perempuan, dan kacak bagi lelaki. Kepada golongan yang begitu obses dengan fesyen seperti saya, kami mempunyai masalah 'tiada pakaian' bila tibanya acara-acara sebegini.

"Walhal, dalam almari, baju hitam sahaja sudah ada lebih daripada 10 helai. Tetapi kerana dahagakan fesyen-fesyen terkini, saya sanggup membeli pakaian baru untuk kepuasan sendiri," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment