Saturday, June 27, 2009

Saya bukan kejar kemewahan - Maya


MAYA dan Tengku Shahreza selepas diijabkabulkan
di Ampang semalam.


AMPANG - Selepas empat tahun menjalin hubungan, penyanyi dan pelakon Maya Matahari kini bergelar isteri kepada anak saudara Sultan Pahang, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz.

Maya atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee, 31, dinikahkan dengan Tengku Shahreza, 38, di Masjid Darul Ehsan, Taman Tengku Abdul Rahman (TAR) di sini pada pukul 5.40 petang semalam dengan mas kahwin RM80.

Jumlah hantaran bagaimanapun dirahsiakan atas permintaan keluarga pengantin lelaki.

Tengku Shahreza, yang merupakan ahli perniagaan dalam bidang pertanian dan pembinaan adalah anak kepada Tengku Panglima Perang Pahang, Tengku Abdul Aziz Sultan Sir Abu Bakar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: