Monday, June 29, 2009

Siswi baru daftar diarah pulang




SERDANG - Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun yang baru mendaftar di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini diarah pulang untuk menjalani proses kuarantin di rumah selama seminggu bermula kelmarin.

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata, arahan itu dikeluarkan setelah ujian saringan wabak selesema babi yang dilakukan oleh Pusat Kesihatan UPM mendapati pelajar itu demam apabila suhunya mencecah 37.8 darjah Celsius.

"Kes ini telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan pihak hospital menasihatkan pelajar itu dikuarantin. Pelajar itu sebenarnya belum disahkan positif tetapi dia dikatakan berisiko untuk mendapat jangkitan ekoran suhu badannya. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga adalah lebih baik dia berehat di rumah terlebih dulu sebelum memulakan pengajian," katanya.

Nik Mustapha berkata demikian ketika ditemui selepas turut serta dalam Program Khas Siri Turun Kampus: Mesra Mahasiswa Baru bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di sini semalam.

Tambah beliau, pelajar perempuan itu yang mengikuti jurusan Sarjana Muda Ekonomi dan ditempatkan di kediaman Kolej Kelima dikatakan baru pulang bercuti dari Hong Kong dan Singapura pada 22 Jun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: