Monday, June 29, 2009

Wanita Jepun maut jatuh flat


FLAT di Taman Fadason, Jinjang, Kuala Lumpur tempat Arisa mati selepas terjatuh dari tingkat 18 kelmarin.


KUALA LUMPUR - Tidak diketahui puncanya, seorang wanita Jepun ditemui mati kerana terjatuh dari tingkat 18 sebuah flat di Taman Fadason di Jinjang Utara dekat sini kelmarin.

Mayat mangsa, Arisa Nishino, 36, ditemui pada pukul 11 malam oleh penduduk flat berkenaan yang ternampak sesuatu berlumuran darah di bawah flat tersebut.

Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian mangsa yang tinggal di tingkat 10 telah naik ke tingkat 18 flat itu seorang diri tanpa diketahui apa tujuannya.

"Sampai di tingkat 18, mangsa dikatakan terjatuh yang menyebabkan dia mati di tempat kejadian," kata beliau.

Semasa kejadian mangsa tinggal di rumah seorang diri kerana suaminya rakyat tempatan dan anak lelakinya yang berusia 11 tahun tiada di rumah.

"Polis yang memeriksa rumah mangsa tidak menemui apa-apa nota," kata beliau.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Lim, 40, berkata, dia terkejut dengan kejadian yang menimpa isterinya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: