Sunday, June 28, 2009

Parti Selebriti Kosmo! dekatkan artis, peminat


INTAN LADYANA (kiri) dan Rabecca Nur Islam
berjaya mencuri perhatian peminat mereka.


KUALA LUMPUR - Bagi kebanyakan orang, bukan mudah untuk mendapat peluang bertemu, bermesra dan menjamu selera bersama artis-artis terunggul tanah air.

Namun, tidak kepada 150 pembaca bertuah Kosmo! apabila mereka diraikan dalam Parti Selebriti Kosmo! - One Drop Perfumes 2009 yang dilangsungkan penuh bergaya di Hotel Sheraton Imperial di sini malam kelmarin.


AZZA ELITE dan Bienda sibuk melayan peminatnya pada majlis yang diadakan di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur kelmarin.


Majlis gemilang tersebut disambut penuh meriah dengan gandingan acara pengenalan set haruman terbaru jenama One Drop Perfumes serta pelancaran wajah baru seksyen rencana dan hiburan yang berkonsepkan majalah dalam akhbar iaitu Kosmo! 2.

Dalam majlis tersebut, seramai 150 pembaca bertuah akhbar kompak Kosmo! diraikan dalam suasana glamor santai dengan tema hitam putih. Keriuhan dan kehangatan bermula seawal pukul 6 petang, dari laluan karpet merah hinggalah ke dalam dewan.


PARA pembaca bertuah Kosmo! berpeluang mengenali artis
kesayangan masing-masing dengan lebih dekat pada Parti Selebriti Kosmo! - One Drop Perfumes 2009.


Selain duta One Drop Perfumes iaitu Rozita Che Wan, lebih 50 selebriti popular turut hadir memberi sokongan. Antara yang memeriahkan suasana malam itu ialah Maya Karin, Fahrin Ahmad, Intan Ladyana, Hafiz AF, Dafi AF, Fizz Fairuz dan Kamal Adli.

Tidak ketinggalan memeriahkan parti itu ialah Lisa Surihani, Abby Abadi, penyampai Suria.fm, Linda Onn, merpati romantis Rashidi Ishak dan Vanida Imran serta pasangan penyampai Hot.fm, Faizal Ismail dan Fara Fauzana.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: