![]() |
| ZIZI (kiri) dan Tuah bersama replika mereka yang akan diletakkan di sekitar Malaysia. |
SUDAH menjadi lumrah hidup apabila kita merakam kenangan manis di lensa kamera, kita akan tersenyum riang.
Tetapi, pernahkah anda menyangka dengan senyuman riang dan gaya mengancam yang anda serlahkan mampu membuatkan anda memenangi wang tunai sehingga RM18,000?
Stesen radio yang terkenal dengan slogan Muzik Terbaik Tanpa Henti, Suria FM, kini menganjurkan kempen istimewa Suria FM Senyum Dan Menang RM18,000 bersama Tuah dan Zizi yang bermula semalam (1 Jun) hingga 3 Julai nanti.
Caranya mudah di mana orang ramai hanya perlu merakamkan gambar secara kreatif bersama krew Breakfast@Suria, Tuah dan Zizi jika berjumpa dengan mereka berdua.
Tuah dan Zizi akan berada di destinasi terpilih menerusi siri jelajah ke seluruhnegara termasuk Melaka, Kuantan, Perak dan sekitar Lembah Kelang.
Lokasi dan masa mereka berada boleh didapati di www.suriafm.com.my selain mendengar siaran Suria FM.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, kempen ini diadakan sebagai tanda terima kasih kepada pendengar yang sentiasa menyokong sehingga membuatkan pertambahan jumlah pendengar hampir 200,000 orang pada kajian AC Nielsen baru-baru ini.
"Suria FM kini adalah stesen Radio Melayu paling cepat mengalami perkembangan daripada tinjauan yang lepas berbanding saingan terdekat lain iaitu sebanyak 31%.
"Segmen Breakfast @Suria yang dikendalikan oleh Tuah dan Zizi pula mencapai peningkatan pendengar sehingga 80%.
"Memandang kepada peningkatan itu, kami bercadang untuk menghargai pendengar disamping mendekatkan lagi Tuah dan Zizi dengan pendengarnya melalui program Suria FM Senyum & Menang RM18,000 bersama Tuah dan Zizi.
"Kami berharap penyampai-penyampai radio Suria FM akan lebih dikenali dan dekat dengan pendengar melalui promosi-promosi yang kami jalankan," ujarnya dalam satu sidang media yang diadakan di sini baru-baru ini.
Bagi yang terlepas peluang bergambar secara sendiri bersama Tuah dan Zizi, tidak perlu risau kerana mereka boleh merakamkan gambar kreatif mereka menerusi replika khas Tuah dan Zizi.
Replika mereka diletakkan di cawangan-cawangan Mydin terpilih selain Taiping Sentral, Plaza Angsana, Johor Bahru dan Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan penyertaan perlu dihantar menerusi online di www.suriafm.com.my.
Pemenang utama kategori gambar paling kreatif akan memenangi wang tunai RM10,000, pemenang kedua bakal membawa pulang RM5,000 manakala hadiah harian berjumlah RM3,000 dimana pendengar Suria berpeluang memenangi RM100 setiap hari bermula 1 Jun hingga 3 Julai.
Bermula 1 Jun, gambar kreatif yang terpilih akan dipaparkan di www.suriafm.com.my setiap hari. Satu soalan berkaitan gambar kreatif yang dipaparkan akan disebut oleh Tuah dan Zizi menerusi segmen Breakfast@Suria.
Untuk menjawab soalan, mereka perlu terlebih dahulu mendaftar sebagai VIP SURIA di www.suriafm.com.my dan seterusnya menghubungi bilik studio di talian 03-40411053.
Pada minggu terakhir kempen ini iaitu dari 29 Jun hingga 3 Julai, lima gambar paling kreatif yang terpilih akan dipaparkan serentak dan proses undian secara online akan dibuka kepada pendengar Suria FM.
Keterangan Lanjut tentang kempen 'Suria FM Senyum Dan Menang RM18,000 Bersama Tuah Dan Zizi' boleh didapati di www.suriafm.com.my.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: