Monday, June 1, 2009

Rindu Mayer bila mabuk


JENNIFER ANISTON


KETIKA dia dikatakan dihampiri semula oleh bekas suaminya, Brad Pitt, Jennifer Aniston rupa-rupanya masih menghubungi bekas kekasihnya, John Mayer bagi melepaskan kesepian.

Atmosfera yang paling kerap dipilih Aniston untuk ‘bercengkerama’ dengan Mayer di udara ialah pada waktu tengah malam, selepas meminum bergelas-gelas arak.

Dalam keadaan mabuk, Aniston ada memberitahu bahawa dia ingin kembali semula kepada penyanyi Gravity itu.

“John tidak pernah telefon atau SMS. Tetapi Jen sentiasa melakukannya. Bila dia berasa sepi dan sunyi, dia akan mengekori John, selalunya tengah malam dalam keadaan dia mabuk-mabuk,” kata sumber kepada majalah Heat.

Jika benar Aniston mahu kembali semula kepada Mayer, orang yang paling marah ialah teman baiknya, Courteney Cox.

“Courteney selalu kata Jen terlalu baik untuk John. Kawan-kawan Jen yang lain juga tidak suka andai dia kembali kepada John. Bagaimanapun, nampaknya Jen lebih sanggup kehilangan kawan-kawannya demi kerana mahu terus bersama John,” tambah sumber itu lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: