Monday, June 1, 2009

Dedah seksualiti diri


ADAM LAMBERT


BINTANG American Idol 2009 yang semakin 'gah' di arena global, Adam Lambert, disebut-sebut bakal membuat pendedahan eksklusif mengenai identiti seksual sebenarnya kepada majalah Rolling Stone tidak lama lagi.

Pendedahan secara eksklusif itu dikatakan bakal disiar dalam keluaran terbaru majalah itu untuk edisi terdekat.

Lambert sebelum ini dikatakan pengamal kehidupan gay, menyukai kaum sejenis dan menolak cinta perempuan.

Bagaimanapun, tidak ada sebarang kenyataan secara rasmi terbit daripada mulutnya sebelum ini.

"Adam tidak mahu ia menjadi masalah besar. Buat masa sekarang, dia sudah cukup selesa dan senang dengan amalan seksualnya," beritahu satu sumber kepada Showbiz.Spy.

Bagaimanapun, jurucakap Rolling Stone tidak mahu memberikan kenyataan mengenai sebarang kemungkinan untuk menyiarkan pengakuan Lambert itu.

"Kami tidak berhak untuk bercakap tentang apa yang bakal diterbitkan pada masa akan datang," katanya.

Isu seksualiti Lambert bukan sahaja menjadi bualan peminatnya, malah turut mendapat perhatian juri American Idol, Kara Dio Guardi.

"Saya rasa selama ini Adam cukup terbuka dalam soal seksualitinya. Dia tidak hipokrit atau cuba menyembunyikan sesuatu," kata Kara dalam satu acara The View.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: