Monday, June 1, 2009

Glamor, jelita dan pintar




KEHADIRANNYA di persada seni tempatan asalnya hanya untuk mengembangkan bakat lakonan dan peragaan.

Walaupun ramai memuji kecantikan paras rupa dan bentuk badannya yang menawan layak untuk menjadi 'pelaris' bagi sesebuah produk, namun ketika itu tidak terlintas di fikirannya untuk bergelar duta produk.

Namun segala-galanya berubah apabila Raudhah Che Wan, 25, atau nama komersilnya Ayu Raudhah dihubungi oleh Pengasas Produk Giena Skincare, Beauty Arena Sdn. Bhd., Nor Azizan Ghazali, bagi menilai sendiri keberkesanan produk tersebut.

Jelas Ayu, ketika menghubunginya, pihak Giena Skincare tidak sedikit pun menyentuh mengenai perihal pelantikan sebagai duta.

Mereka hanya menyarankan anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu menggunakan produk Giena bagi membantu memperbaiki kulit Ayu yang sedikit kusam dan tidak bermaya.


AYU tidak pernah berasa was-was untuk mencuba produk yang dikeluarkan usahawan bumiputera ini.


"Saya tidak berasa was-was sebaliknya terus bersetuju untuk mencuba walaupun produk itu dihasilkan oleh usahawan bumiputera.

"Kebetulan pada waktu itu saya masih tercari-cari set penjagaan wajah yang sesuai dengan jenis kulit saya. Ini kerana sejak remaja sehingga kini saya mengalami masalah jerawat-jerawat kecil di wajah," jelas Ayu ketika ditemui pada majlis menandatangani kontrak duta produk Giena Skincare di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Yang pasti, pemilihan Ayu Raudhah sebagai jurucakap produk menambahkan lagi senarai panjang artis Malaysia bergelar duta dan jurucakap produk.

Sememangnya pemilihan artis sebagai duta sudah menjadi trend, tidak kira di Hollywood, Bollywood dan seantero dunia. Kebanyakan jenama produk menyifatkan populariti, gaya fesyen dan kecantikan seseorang artis sebagai kualiti yang melayakkan mereka untuk mempromosikan koleksi produk.


NOR AZIZAH (kiri) bersama duta Giena, Ayu Raudah pada majlis menandatangani kontrak duta produk Giena Skincare Ayu Raudah dan Francais Beauty Palace di The Saujana Subang baru-baru ini.


Ini kerana segelintir peminat lebih cenderung menggunakan produk yang dipromosi dan digunakan oleh artis kegemaran mereka.

"Ini merupakan kali pertama saya bergelar duta. Saya mengambil peluang ini bukan kerana bayaran yang lumayan, tetapi ingin mempromosikan kepada wanita bahawa produk Giena Skincare begitu berkesan.

"Selepas dua minggu menggunakannya saya mendapati perubahan positif pada kulit. Antaranya kulit wajah menjadi lembut, tona lebih sekata dan jerawat kecil yang saya hadapi juga kurang," terang Ayu yang gemar mengalis celak mata sebelum keluar rumah.

Ayu menyifatkan tekstur dan haruman produk Giena Skincare yang mengandungi 100 peratus pati bunga itu sesuai diaplikasikan pada kulit wajah wanita Asia.


GIENA Skincare tidak menggunakan sebarang pewarna atau wangian tiruan.


Golongan wanita juga tidak perlu bimbang kerana produk Giena Skincare tidak menggunakan sebarang pewarna atau wangian tiruan.

"Saya bersyukur kerana dilantik oleh Giena Skincare yang turut mengendalikan pusat rawatan kecantikan wajah dan badan Beauty Palace.

"Sekiranya mempunyai masa lapang saya akan ke Beauty Palace untuk memanjakan dan mencantikkan diri dengan produk Giena Skincare," tambah Ayu yang gemar menikmati jus epal.

Sementara itu, Nor Azizan menjelaskan, Ayu ialah duta yang sesuai untuk produk tersebut. Ayu merupakan antara pelakon baru yang sedang membina nama. Begitu juga dengan Giena yang baru mengorak langkah dalam industri kecantikan.

Selain Ayu Raudhah, selebriti tempatan lain yang berpeluang memegang gelaran duta dan jurucakap produk ialah Camelia, Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Juliana Evans, Ezlynn, Farah AF2, Maya Karin dan Fauziah Latif.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: