KES pekerja sesebuah produksi dibuang bukanlah berita baru dalam industri hiburan dan penyiaran. Pendek kata, kalau orang tu buat perangai, masa depan memang gelap. Begitu juga kalau artis ditangkap khalwat atau terbabit dalam jenayah, susah sikitlah hidupnya selepas kejadian hitam berkenaan.
Terbaru Cik Normah dengar, seorang penerbit sebuah program di saluran televisyen yang agak popular dibuang daripada stesen berkenaan ketika penggambaran rancangan itu masih lagi dijalankan.
Khabarnya, program itu sedang menjalani penggambaran di luar negara. Tiba-tiba, ada panggilan daripada Kuala Lumpur meminta hamba Allah itu pulang ke tanah air. Periksa punya periksa, dia dipanggil pulang kerana dikatakan membawa bersama keluarganya ke tempat penggambaran.
Aik, takkan itu pun jadi kesalahan? Oh, rupa-rupanya dia bukan bawa keluarga dengan duit sendiri, sebaliknya ala-ala bercuti menggunakan duit produksi. Jadi, mungkin ada pihak yang perasan perkara itu lalu melaporkannya ke pihak tertinggi stesen terbabit.
Tak sedap jugalah apabila orang mendengar cerita macam ini mengenai penerbit itu. Iyalah, dia memang agak lama dalam bidang penerbitan dan rancangan terbitannya pun selalu mendapat pujian. Kiranya, dia punya imej yang baiklah di mata masyarakat. Sayangnya, apabila perkara seperti ini terjadi, maruah yang selama ini dijaga, agak tercemar akhirnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: