Monday, June 22, 2009

Bapa glamor kongsi rahsia


RAMLI MS sedang memeluk Nadiah, manakala di kanan sekali adalah Najee.


PERKAHWINANNYA bersama Jennifer Thompson pada tahun 1988 telah mengurniakan Ramli MS sepasang cahaya mata, Najee dan Nadiah yang masing-masing berusia 19 dan 15 tahun.

Biarpun perkahwinan yang dibina itu terputus di pertengahan jalan, itu bukan satu tiket untuk Ramli tidak mendekatkan diri dengan anak-anaknya.

Malah, dia begitu rapat dengan Najee dan Nadiah sehinggakan pada Hari Bapa setiap tahun, dia akan meluangkan masa bersama mereka dan memasak makanan kegemaran mereka iaitu nasi beriyani.

"Pada pandangan saya, Hari Bapa ini adalah satu pengiktirafan kepada semua bapa atas tanggungjawab mereka terhadap keluarga masing-masing.

"Biarpun ramai yang berkata sambutan Hari Ibu itu lebih meriah berbanding Hari Bapa, namun ia bukanlah bermakna bapa itu tidak penting dalam hidup seseorang.

"Macam saya sendiri sudah mengasuh dan mendidik anak-anak saya agar untuk menyambut hari-hari penting dalam keluarga kami seperti hari lahir, ulang tahun dan sebagainya kerana hari itulah masa yang paling istimewa untuk menyambutnya bersama orang yang paling kita sayangi" katanya. memberikan pandangan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: