Sunday, January 18, 2009

Rosnah Mat Aris sedia "tayang" suami

Selepas mendirikan rumah tangga dengan lelaki muda pada 13 November lalu, pelakon Rosnah Mat Aris,53, hilang sekejap.

Tapi baru-baru ni ramai yang dah terserempak Kak Rose dengan suaminya Tajul Efendie Isa,27.

Kata Kak Rose dia sekarang ni bahagia dengan kehidupan rumah tangganya. Malah Kak Rose pun dah bersedia nak "tayang" suami dia yang kacak tu kepada orang ramai tetapi bukan untuk sesi fotografilah.

"Kalau sesiapa wartawan yang terserempak Kak Rose dengan dia dan ada yang nak ambil gambar tu, Kak Rose tak kisah.

"Cuma kalau nak buat sesi fotografi, memang Kak Rose tak nak la. Atas permintaan dia juga sebab dia tak mahu glamor-glamor ni," kata Rosnah.

Menurut Kak Rose, dia ada sebab menyembunyikan perkahwinannya sebelum ini. Bukan masalah keluarga tak restu tapi dirinya sendiri yang mahu merahsiakan perkara itu.

Kata Kak Rose lagi majlis kahwin mereka dibuat secara sederhana dengan majlis persandingan diadakan di rumah keluarga lelaki di Melaka.

Di sebelah perempuan pula Kak Rose tak berhasrat nak buat majlis macam tu tetapi cukuplah mereka buat percutian keluarga sebagai meraikan hari bahagia perkahwinan tersebut.

Mudah-mudahan Kak Rose bahagia dengan perkahwinannya dan dapat buktikan yang mereka akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

2 comments:

  1. nyampah la si senah mat aris ni.tue kutuk xsedar diri

    ReplyDelete
  2. bertaubat la engkau ,minta maaf la atas kesalahan ko,ko telah menghina nabi

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: