Minggu lepas Niezam ada terima satu kiriman e-mel yang mendakwa dia adalah artis Akademi Fantasia (AF). Tapi dalam e-mel tu si artis tidak mahu dedahkan identitinya.
Dalam emel tersebut si artis mewakili beberapa artis AF lain yang "suam-suam kuku" mengadu mereka tak puas hati dengan Maestro.
Kata artis tu, sejak beberapa bulan lalu Meastro tak bayar gaji hasil dari persembahan mereka. Dek kerana itu ada beberapa artis AF yang dah tak mampu nak bayar sewa rumah dan ansuran bulanan kereta.
Malah lebih dari itu ada juga yang terpaksa meminjam daripada kawan-kawan sebab nak makan pun sampai tak ada duit.
Kata artis tu lagi, dia orang banyak buat show yang diuruskan oleh Maestro tapi duit gaji yang dipegang oleh Maestro itu sudah berbulan mereka tak dapat.
"Macam mana kami nak makan, duit show kami yang ada dalam tangan dia orang tu sampai sekarang tak dapat. Minta abang Niezam tulis sikit supaya dia orang tahu masalah kami," menurut e-mel tersebut.
Kata pengirim emel itu lagi, mereka cuba nak ambil "show haram" iaitu buat persembahan tanpa pengetahuan syarikat tetapi takut pula nanti disaman oleh Maestro.
Dalam hal ni Niezam harap kalau boleh Maestro tamatkan saja kontrak artis yang berkenaan supaya dia orang boleh cari makan sendiri.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: