Sunday, January 18, 2009

Hubungan terlarang bekas kekasih

BILA mendengarkan kisah hubungan sepasang kekasih putus di tengah jalan gara-gara seorang artis kacak ini yang diceritakan kepada Joyah oleh seorang teman, Joyah seakan-akan tak percaya.

Iyalah, melihatkan fizikal dan luarannya, si artis ini memang nampak tulen. Malah dengarnya ada buah hati lagi. Tapi tak sangka pula, dia hanya berpura-pura untuk menutup tembelangnya yang menyukai kaum sejenis.

Kalau mengikut cerita yang Joyah dengar, haru jugaklah. Mana taknya, pasangan kekasih ini berkawan dengan si artis yang elok juga paras rupanya ini. Malang sekali dalam dok berbaik, rupanya si artis ‘caras’ teman lelakinya sendiri.

Patutlah khabarnya kalau si artis berada di dalam negara, teman lelakinya itu asyik ‘hilang’ sahaja. Malah sanggup batalkan temujanji di saat-saat akhir gara-gara nak bertemu artis ini.

Kalau sekali dua tu, mungkinlah boleh dimaafkan. Tapi kalau dah saban waktu begitu, akhirnya teman wanitanya ini syaklah sesuatu dan akhirnya dapat tahu teman lelakinya dengan artis lelaki itu ada hubungan terlarang.

Selama ini dia ingat artis itu ‘lurus’ sebab orang kuat yang menjaga artis itu sendiri pernah bagi amaran pada seseorang yang juga sejenis dengan artis itu agar tidak berkawan dengan artis ini.

Kononnya takut nanti kalau teman wanita si artis ni tahu artis itu ada hubungan orang lain maka akan huru haralah jadinya. Tapi al-kisah yang berlaku di sebaliknya. Konon takut putus dengan kekasih hati, rupa-rupanya kawan dengan lelaki lain. Patutlah dia tak bagi berkawan. Alahai!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: