Sunday, January 18, 2009

Aziz Desa ulang alik Alor Star–KL

KAGUM betul Joyah dengan Aziz Desa yang sanggup ulang alik dari Alor Star, Kedah ke Kuala Lumpur saban minggu untuk melunaskan tanggungjawabnya mengacara di TV9. Setiap Jumaat Joyah dengar, dia akan turun ke Kuala Lumpur dan akan balik ke Alor Star selepas selesai mengendalikan program bual bicaranya itu.

Kalau Joyah memang Joyah tak sanggup. Tak kisahlah kalau naik kereta dan memandu sendiri ke atau naik bas hatta diberi pemandu sekalipun, mungkin Joyah tak sanggup.

Tertanya-tanya juga Joyah, Aziz Desa tak mahukah tinggal sahaja di ibu kota. Kan senang tak payah nak terkejar-kejar.

Tapi Aziz Desa mungkin ada alasannya sendiri. Iyalah, keluarga semua di sana. Anak-anaknya pun bersekolah di sana. Mungkin dia rasa lebih baik dia menetap di sana sahaja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: