Sunday, January 18, 2009

Memey & Norman perlu serik

Assalammualaikum..
Terlebih dahulu saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Pancaindera kerana memilih surat saya ini untuk disiarkan. Saya merupakan peminat dunia hiburan dan sentiasa mengikuti perkembangan artis-artis baru.

Malah saya juga meminati pelakon Norman Hakim dan juga Memey Suhaiza yang dikaitkan mempunyai hubungan cinta sehingga mereka ditangkap atas tuduhan khalwat pada 30 Oktober tahun lalu.

Selepas Memey keluar dari persembunyian, saya turut meneliti kenyataan beliau di dalam akhbar dan juga Wanita Hari Ini yang ke udara pada 13 Januari lalu. Saya merasakan selama ini Memey dan Norman terlalu banyak berbohong tentang hubungan mereka.

Malah dalam akhbar Memey turut mengakui kesilapannya menafikan perkara sebenar sebelum ini dan meminta maaf kepada bekas isteri Norman iaitu Abby.

Dari apa yang diperkatakan Memey dalam akhbar yang dia terpaksa menafikan hubungannya dengan Norman kerana itu hak peribadi mereka, ia sebenarnya menambahkan lagi masalah. Ini membuatkan banyak orang terkejut. Terkejut kerana Memey akhirnya mengaku yang dia pernah membohongi semua orang mengenai status hubungannya dengan Norman.

Malah saya tak sangka kata-kata Memey selama ini yang menafikan dia rapat dengan Norman adalah dusta semata-mata. Tergamak dia sanggup menipu orang ramai. Ini kerana selama ini desas desus hubungan itu sudah memang ditulis oleh media. Dan selepas kes itu barulah terbongkar segala rahsia.

Walaupun perkara berkenaan sudah berlaku, apa yang saya harapkan Memey tidak terus berbohong lagi selepas ini. Pembohongan tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya akan memburukkan lagi keadaan. Begitu juga Norman hendaklah serik dengan apa yang sudah terjadi.

Kejadian Norman dan Memey ini seharusnya menjadi pengajaran kepada artis-artis lain agar mereka tidak terus melakukan perkara yang sama.

Hari ini Memey muncul semula kerana merasakan dia perlu diberi ruang untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelakon. Tetapi adakah orang akan mempercayai Memey lagi?

Begitu juga Norman. Adakah peminat seperti saya akan menyokong Norman gara-gara insiden itu?

Siapa yang salah sebenarnya? Tepuk dada tanya selera.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: