Monday, June 3, 2013
Seorang penumpang selamat
BELAGA – Dua lagi mangsa bot karam di Giam Bungan, Sungai Rajang di sini masih hilang manakala seorang penumpang disahkan selamat dan sudah berada di pangkuan keluarga.
Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintendan Bakar Sebau berkata, penumpang itu, Paulus Ungkang terselamat selepas berjaya keluar daripada bot berkenaan pada hari kejadian.
“Paulus telah menghubungi seorang saudaranya di Belaga pagi tadi (semalam) dan mengesahkan dia kini berada di Sibu.
“Saudaranya telah menasihati mangsa supaya membuat laporan polis di sana,” katanya ketika ditemui di pusat operasi berhampiran lokasi kejadian di sini semalam.
Bakar berkata, sehingga petang semalam mangsa yang masih hilang ialah Maurice Ajan, 22, dan Roslin Jati, 34.
Kelmarin, pasukan penyelamat menemui beg galas milik Maurice di rumah panjang Uma Tevok, Long Buyun kira-kira dua kilometer dari lokasi kemalangan.
“Pemeriksaan terhadap beg tersebut mendapati ia milik mangsa yang hilang.
“Kita juga menemui barangan peribadi seperti telefon bimbit, dompet serta kad pengenalan,” katanya.
Ujarnya, setakat ini jumlah mangsa yang selamat ialah 205 orang.
Tujok Lah merupakan mangsa tunggal yang ditemui maut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: