
BEBERAPA anggota polis wanita
mengawal dadah yang akan dimusnahkan sempena Hari Memerangi
Penyalahgunaan dan Penyeludupan Dadah di luar Yangon, Myanmar semalam.
YANGON - Pemerintah Myanmar memusnahkan pelbagai jenis dadah sempena sambutan Hari Memerangi Penyalahgunaan dan Penyeludupan Dadah Antarabangsa di pinggir bandar raya ini semalam.
Sambutan tersebut dikelola Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Semua dadah yang dimusnahkan itu termasuk pil methamphetamine dirampas di seluruh Myanmar.
Rampasan dadah tersebut dianggarkan bernilai AS$77 juta (RM246.6 juta).
Barang terlarang itu dibakar di sebuah bangsal dalam majlis tersebut yang turut dihadiri oleh beberapa diplomat asing.
Myanmar terkenal sebagai hab untuk pengeluaran, transit dan aktiviti penyalahgunaan dadah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: