Sunday, June 2, 2013

Bantu kanak-kanak gelandangan




KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk turun padang bagi mengenal pasti kanak-kanak yang menjadi gelandangan seterusnya membantu mereka meneruskan pelajaran.
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, Datuk Mazlan Mohamad berkata, kerjasama dan usaha itu dilihat cara terbaik menangani masalah keciciran dalam kalangan mereka berbanding bergantung kepada aduan semata-mata.
“Apabila kita turun padang, kita dapat mengenal pasti masalah sebenar kanak-kanak terbabit dan cuba menyelesaikannya sebaik mungkin.
“Saya juga akan cuba berbincang dengan pihak kementerian untuk membawa anak-anak gelandangan ini ke sekolah kerana mereka berhak mendapatkan pelajaran seperti kanak-kanak yang lain di negara ini,” jelasnya ketika ditemui pada program Outreach AADK di Jalan Chow Kit di sini awal pagi semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: