Thursday, December 24, 2009

Warga China tinggal di lapangan terbang


ZHENGHU memegang poster yang memberikan makluman mengenai nasibnya kepada pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada Jumaat lalu.



TOKYO - Seorang aktivis hak asasi manusia, Feng Zhenghu, 55, telah tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dekat sini selama 50 hari kerana tidak dibenarkan pulang ke China oleh pihak berkuasa.

Dia tidur di sebuah bangku dan menagih simpati orang ramai yang memberinya makanan.

Zhenghu memiliki pasport China yang sah dan visa untuk memasuki Jepun.

Dia tidak dibenarkan memasuki China sebanyak lapan kali sejak Jun lalu.


TEMPAT tidur Zhenghu di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo.

"Saya merupakan rakyat China dan saya mahu kembali ke China. Adalah sesuatu yang mengejutkan bahawa saya tidak boleh pulang ke tanah air saya," katanya.

Sehingga semalam, dia sudah tinggal selama 50 hari di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.

Dia turut memakai baju yang tertulis tuntutannya yang mahu kembali ke China.

Zhenghu kerap pergi ke Jepun kerana bekerja sebagai seorang perunding perniagaan namun dia mencetuskan kemarahan pihak berkuasa China kerana tulisannya, didakwa melakukan kesalahan oleh pihak berkuasa tempatan dan menyokong protes pelajar di negara komunis itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: