Thursday, December 24, 2009

Remaja perdaya rakan hantar gambar bogel

WAUKESHA - Seorang remaja lelaki di Amerika Syarikat (AS) Anthony R. Stancl (gambar) berdepan hukuman penjara 50 tahun kerana memeras ugut berpuluh-puluh rakan lelaki sekelasnya selepas dia menyamar sebagai perempuan di Internet.



Stancl berdepan dua dakwaan jenayah terhadap dirinya kelmarin kerana menggunakan laman jaringan sosial Facebook bagi menipu lebih 30 pelajar lelaki supaya menghantar gambar bogel mereka kepadanya.

Dia menyamar sebagai seorang wanita untuk memujuk rakan-rakan sekelasnya berbuat demikian sebelum menggunakan gambar bogel mereka untuk memeras ugut.

Pelajar berusia 19 tahun itu tidak membuat pengakuan tidak bersalah terhadap tuduhan mencabul individu dan dakwaan melakukan serangan seks kelas ketiga.

Sebagai balasan, pihak pendakwa raya mengetepikan beberapa dakwaan lain terhadapnya termasuk melakukan serangan seksual kelas kedua, menipu dan memiliki gambar lucah remaja di bawah umur.

Pihak berkuasa menemui lebih 30 fail dalam komputer Stancl yang mengandungi kira-kira 300 gambar bogel pelajar lelaki lain di Sekolah Tinggi New Berlin Eisenhower di tenggara negeri Wisconsin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: