Wednesday, December 16, 2009

Wanita 40-an akui hubungan dengan Woods


ROGERS


MIAMI - Seorang wanita berambut perang dalam lingkungan usia 40-an menjadi wanita ke-11 dikaitkan sebagai perempuan simpanan bintang golf No. 1 dunia kelmarin.

Sebuah akhbar melaporkan wanita itu, Theresa Rogers mendakwa hubungan sulitnya dengan Tiger Woods bermula sebelum lelaki itu berkahwin dan berterusan selepas dia mendirikan rumah tangga.

Menurut Rogers, dia kerap mengiringi pemain golf itu ke beberapa lokasi sejak lima tahun lalu.

Dia mengupah seorang peguam, Gloria Allred yang juga mewakili Rachel Uchitel, 34 iaitu wanita pertama dikaitkan dengan Woods, 33.

Desas-desus mengenai skandal seks Rachel tersebar beberapa hari sebelum Woods ditimpa kemalangan di luar kediamannya selepas bertengkar dengan isterinya, Elin Noedergen, 29.

Turut menambah senarai perempuan simpanan pemain golf tersebut kelmarin ialah bekas pelayan kelab malam, Julie Postle yang merupakan wanita ke-10 dinamakan sebagai perempuan simpanan Woods.

Menurut seorang bekas teman lelakinya Brian Kimbrough, Postle cuma berumur 20 tahun apabila dia berkenalan dengan Woods di Orlando.

"Dia berkata, Woods memberitahunya bahawa perkahwinan dengan Noedergen hanya untuk tujuan publisiti demi menjaga imejnya," kata Kimbrough, 28.

Pendedahan mereka dibuat semasa salah seorang perempuan simpanan Woods iaitu model berambut perang Cori Rist mendakwa dia menamatkan hubungan sulitnya dengan legenda golf itu setelah mendapati Woods curang terhadapnya.

"Saya mendapati dia (Woods) sedang berbalas mesej pesanan ringkas apabila tersedar dari tidur semasa kami bermalam di hotel dan saya mengesyaki dia mempunyai kekasih gelap lain," kata Rist.

Wanita itu membuat pengakuan dalam satu temu ramah dalam program Today kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: