![]() |
| ANGGOTA polis menunjukkan seekor tenggiling yang diisi di dalam karung di Balai Polis Gambang di Kuantan. |
KUANTAN - Misteri dua lelaki dan seorang perempuan yang setiap hari Jumaat berkunjung ke sebuah tanah perkuburan di Jalan Kuantan-Segamat dekat sini akhirnya terbongkar kelmarin.
Mereka yang sebelum ini dilihat dalam keadaan mencurigakan itu rupa-rupanya menjadikan kawasan tanah perkuburan sebagai lokasi untuk melakukan urus niaga tenggiling secara haram.
Dalam serbuan oleh polis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pukul 11 pagi itu, sebanyak 130 ekor tenggiling bernilai kira-kira RM140,000 dirampas.
Pengarah Perhilitan Pahang, Khairiah Mohd. Shariff berkata, turut ditahan bersama kumpulan berumur 21 hingga 32 tahun itu ialah tiga kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia antara dua hingga tujuh tahun yang dipercayai anak kepada suspek wanita terbabit.
"Mereka menjadikan kawasan perkuburan tersebut sebagai lokasi transit bagi pengedaran tenggiling," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: