
Esok (Khamis), filem Adam Sandler’s Eight Crazy Nights, akan menanti penonton bermula jam 10 pagi dan The Santa Clause pada jam 10.30 malam.
Adam Sandler’s Eight Crazy Nights berlegar sekitar cerita animasi dongeng muzikal percutian menerusi watak Davey Stone yang cukup membenci percutiannya. Dia lalu memutuskan bercuti di bandar Dukesberry dan mahu mengubah perasaannya itu. Namun dugaan yang dilalui sukar apabila pada malam pertama di Hanukkah dia dikehendaki menjadi pembantu pengadil untuk liga remaja bola keranjang.
Di sebelah malamnya, penonton diajak menyaksikan The Santa Clause filem popular sekitar 1994 lakonan Tim Allen (Scott Calvin), Judge Reinhold (Dr Neal Miller), Wendy Crewson (Laura Calvin), Eric Lloyd (Charlie Calvin) dan David Krumholtz (Bernard) yang mengisahkan seorang duda menjaga anak lelakinya semasa sambutan Krismas.
Ketika meraikan sambutan Krismas, pastikan janji temu anda pada 25 Disember (Jumaat) untuk menyaksikan filem Legend Of Frosty The Snowman jam 10 pagi, I’ll Be Home For Christmas, jam 3 petang dan Call Me Claus pada jam 11.30 malam.
Animasi terkenal 2004, Legend Of Frosty The Snowman pula bakal berkongsi kisah ikon dongeng legenda Krismas yang tinggal di bandar dikenali Evergreen. Datuk Bandar dan sekolah-sekolah mengadakan peraturan memastikan kawasan tempat tinggal mereka dilengkapi jadual ketat yang pendek dan meriangkan setiap hari.
Filem I’ll Be Home For Christmas, pula merupakan sebuah filem remaja melibatkan watak Jake yang merindui kemeriahan sambutan Krismas di New York bersama keluarganya. Sebagai insentif, bapanya menjanjikan sebuah kereta Porsche jika Jake dapat menceriakan rumahnya dengan hiasan Krismas.
Kepada peminat setia pelakon Whoopi Goldberg, jangan ketinggalan menyaksikan Call Me Claus yang menggandingkannya dengan aktor seperti Nigel Hawthorne, Victor Garber, Taylor Negron dan Brian Stokes Mitchell. Ia mempertaruhkan watak Lucy Cullins, seorang usahawan Internet yang mencari seseorang menjadi Santa Clause bagi melariskan jualan Internetnya. Nick telah diambil sebagai Santa Clause. Namun siapakah Nick yang sebenarnya?
Pastikan anda meluangkan masa menyaksikan filem-filem hebat ini yang pastinya menghiburkan anda seisi keluarga dengan plot cerita berbeza dan menghiburkan hanya di saluran Dunia Ria, TV2.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: