Friday, December 25, 2009

Ceritera Krismas Chaq, Stacy dan Marsha

Sambutan Krismas tahun ini amat bermakna buat tiga penyanyi yang berasal dari Sabah ini. Walaupun tidak pulang ke kampung untuk meraikan bersama ahli keluarga yang lain, Chaq yang baru pertama kali meraikannya Krismas sebagai artis ternyata gembira.

“Tahun ini memang lain sangat. Tahun pertama saya sambut sebagai artis. Keadaan dah berbeza. Rasa seronok dan macam-macam rasa lagi. Cuma saya terkilan sebab tak dapat pulang ke kampung tahun ini kerana kerja.

“Mujur ahli keluarga saya ada di sini, jadi taklah sunyi sangat. Sambutan Krismas tahun ini juga secara sederhana sahaja memandangkan saya terpaksa bekerja,” katanya kepada Sinar Harian.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Satu Penjelasan' itu juga mengakui tidak akan boros berbelanja untuk perayaan ini.

“Walaupun dah jadi artis, tapi saya tidak akan berbelanja sakan. Saya tidak mahu membazir. Beli keperluan sahaja. Saya juga akan membuat rumah terbuka pada 27 Disember di kampung saya di Kampung Tuavon, Penampang Sabah. Rumah terbuka itu adalah sebagai menghargai semua yang banyak memberi sokongan terhadap kerjaya seni saya selama ini,” katanya lagi.

Ditanya kenangannya menyambut Krismas, Chaq tidak dapat melupakan saat menerima hadiah daripada keluarga dan saudara-maranya.

“Bagi saya setiap tahun adalah sambutan yang paling manis dan tidak mungkin saya lupakan. Mendapat pelbagai jenis hadiah ada yang besar dan kecil membuatkan saya rasa sangat seronok. Tapi itu dulu, bila dah kerja ni, giliran saya pula yang keluar bajet beli mereka hadiah.

“Itu kisah kenangan manis, kalau yang pahit pula, saya pernah terkena percikan meriam. Kalau tak silap masa tu saya Darjah Tiga. Ingatkan tak ada apa-apa. Bila balik, keluarga tengok dan gelak. Saya pelik kenapa pula mereka ni gelakkan saya. Bila tengok cermin, bulu kening saya dah tak ada.

“Malulah juga. Macam mana nak pergi sekolah mesti kawan-kawan gelakkan saya. Apa lagi, saya pakailah celak ibu saya. Ada juga yang perasan dan gelakkan saya. Malu sangat masa tu. Rasa tak nak pergi sekolah saja,” cerita Chaq lagi yang bakal muncul dengan single terbarunya awal tahun depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: