Saturday, December 5, 2009

Tubuh Rihanna diperiksa


SEORANG pegawai keselamatan memeriksa Rihanna.


LOS ANGELES - Rihanna merupakan antara bintang pop yang terkenal di dunia tetapi dia tidak dapat menggunakan popularitinya untuk mengelak daripada melepasi pemeriksaan tubuh badan di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, lapor sebuah akhbar semalam.

Semasa tiba di lapangan terbang tersebut, selebriti itu tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya apabila dia diberitahu oleh seorang pegawai keselamatan supaya menanggalkan jaket penutup kepala dan diarah menjalani pemeriksaan tubuh badan.

"Adakah saya perlu menjalani (pemeriksaan) ini?" soal Rihanna yang berumur 21 tahun semasa seorang pegawai keselamatan memberitahu tubuhnya perlu diperiksa.

Penyanyi itu yang hanya memakai singlet gelap 'memeluk dirinya sendiri' kerana kesejukan di ruang pemeriksa berhawa dingin selepas dia diminta menanggalkan jaketnya untuk diperiksa.

Namun, dia menunjukkan reaksi gembira selepas diminta memakai semula jaketnya selepas tubuhnya diperiksa.

Pemeriksaan itu diadakan semasa penyanyi yang terkenal dengan lagu Umbrella itu mahu berlepas ke New York untuk membuat persembahan di Hammerstein Ballroom semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: