Sunday, December 20, 2009

Tioman ada lubuk mayung bagak



MERSING: Hasrat hato kumpulan Tuna Biru ingin memburu tenggiri dan kerapu, dengan tidak disangka lubuk mayung bersaiz bagak ditemui di satu kawasan perairan di antara Pulau Tioman bahagian selatan dan Pulau Pemanggil di bahagian barat.

MERSING: Hasrat hato kumpulan Tuna Biru ingin memburu tenggiri dan kerapu, dengan tidak disangka lubuk mayung bersaiz bagak ditemui di satu kawasan perairan di antara Pulau Tioman bahagian selatan dan Pulau Pemanggil di bahagian barat.

Sebelum ini tekong Taib sudah menemui lubuk bagak berkenaan tapi hilang pedoman sebaik ribut tiba lalu bergegas mencari perlindungan di Kampung Mukut. Ribut berterusan hingga ke pagi esoknya dan hajat untuk mengulangi lubuk Bagak itu terus dilupakan.

Akhirnya trip kedua yang membawa ahli kumpulan yang sama diketuai penulis sendiri digamit ke lubuk berkenaan selepas mengaut ikan kecil di unjam di perairan Pulau Jahat tidak jauh dari muara kampung Mukut yang terkenal dengan alam tradisi semula jadinya yang masih belum terusik daripada sebarang pembangunan moden.


Kami meredah jauh arah timur dari Pulau Jahat apabila diajak tekong Taib untuk memburu ikan bayan (ketarap) yang gemarkan umpan ketam atau udang berkulit keras.

Permukaan lubuk yang bertemankan gelombang kecil serta kedalaman air tidak kira-kira 45 meter membuahkan hasil agak berbaloi kerana Wak Wan dari Air Hitam Muar, berjaya mendaratkan tiga ketarap diikuti oleh Faiz dan Zul dari Sungai Buaya Rawang, Selangor.

Petang hari pertama ekspedisi tekong sekali lagi mengajak kami memburu ikan tongkol dengan teknik apollo 50 mata trolling yang merebut masa bersama kumpulan burung camar laut.

Mizun (pembantu tekong) dibantu beberapa ahli pemancing berjaya mendaratkan puluhan ikan tongkol bersaiz sederhana dan sekali gus menyemarakkan lagi semangat ahli kumpulan Tuna Biru untuk memburu tongkol yang bermusim sekarang ini.

Minat kami terhenti di situ kerana tekong Taib lebih berminat untuk membawa kami ke lubuk mayung bagak. Bergerak dalam suasana senja yang sudah separuh meninggalkan pergi, lubuk mayung bakal dijenguk untuk bermalam di situ.

“Ini lubuk mayung besar, kena gunakan perambut kasar dan mata kail besar,” Tekong Taib mengingatkan kami semua sebaik tiba di lokasi.

Penantian cuma lima minit saja sudah dikejutkan oleh seorang rakan pancing dari Air Hitam Muar. Bagak ganas meragut umpan ikan tamban lalu membuat sentapan pertama dan berjaya mendaratkan bagak itu seberat 10 kilogram. Ijal dan Wak Wan serentak melakukan pam sebaik joran mereka dihenjut sehingga joran bengkok mencecah permukaan laut. Pertarungan demi pertarungan berlaku dalam pesta ikan bagak yang sedang menjadi.

Ketika itu arus air laut amat sederhana dan malam masih muda, umpan terbaik isi ikan tongkol yang masih segar dan lembut sangat diminati mayung yang sekali gus menelan umpan tanpa ragu-ragu.

Penulis berjaya menjinakkan dua ekor mayung malam yang sama, Wak Wan empat ekor menjuarai tangkapan pada ekspedisi kali ini. Manakala Faiz bertukar spesies ikan pari dan Zul yang duduk berjiran di bahagian belakang bot berjinak dengan mayung bersaiz sederhana.

Lubuk berkenaan kami namakan Lubuk Bagak kerana Lubuk Mayung sudah ada dalam daftar Tuna Biru dan lubuk ini sering kami kaitkan dengan Asam Pedas.

Esoknya Sabtu kami bersantai di chalet Zaid Othman di kampung Mukut, mandi-manda di air terjun serta membakar ikan tongkol menjamu selera sambil membasuh mulut dengan buah kuini pulau. Ekspedisi kali ini bukan saja berjaya menawan 10 mayung bagak tapi berjaya juga membawa pulang buah mempelam pulau dari kampung Mukut Tioman.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: