Thursday, December 10, 2009

Tidak terdesak lelaki




PERNAH bercinta dengan Chai Chai, aktres jelita Taiwan, Barbie Xu atau lebih dikenali sebagai Da S tidak pernah risau hidup sebagai bujang. Ketika dia menghadiri satu acara menyalakan lampu pokok Krismas di Shanghai, China, Barbie menyatakan dia berharap kariernya akan berjalan lancar tahun depan.

Bukan itu sahaja, dia dengan yakin memberitahu, "Saya tidak pernah risau. Tuhan akan menghantar seorang lelaki untuk saya. Dia akan muncul pada masa yang sesuai."

Barbie memakai gaun hitam dan barang kemas kristal untuk menyalakan lampu pokok setinggi 16 meter yang mempunyai 500,000 kristal palsu. Pokok yang diimport dari Austria itu dilaporkan bernilai lebih RMB1 juta (RM495,000). Berdepan dengan begitu banyak kristal, Barbie berseloroh, "Ramai yang berkata, permintaan anda di depan kristal pasti akan termakbul.

"Tapi saya tidak terdesak atau mempunyai permintaan terlalu tinggi mengenai lelaki. Kini, jadual kerja saya amat sibuk. Jika Tuhan menghantar 'hadiah' itu pada saya sekarang, saya sendiri takut saya tidak mempunyai masa untuk mengendalikannya."

Barbie juga dengan jujurnya memberitahu bahawa dia gembira dengan hidupnya sekarang. Saya mempunyai keluarga, kawan dan itu sudah mencukupi. Saya amat gembira dan satu-satunya bperkara yang perlu diperbaiki adalah karier saya."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: