Monday, December 7, 2009

Tidak perlu ampun PATI


Abu Seman


KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri menganggap program pengampunan untuk menghantar pulang sejumlah 2.1 juta pekerja asing tanpa izin (PATI) ke negara masing-masing tidak perlu buat pada masa ini.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Wira Abu Seman Yusop, meskipun program pengampunan terdahulu mendapat sambutan dan memberi manfaat kepada negara, tetapi pada masa sama ia mengundang lebih ramai PATI masuk ke negara ini.

"Mereka (PATI) akan fikir tidak susah untuk keluar dari negara ini sekiranya tempoh visa telah tamat dan berhasrat pulang kerana kerajaan Malaysia akan sentiasa beri pengampunan.

"Kalau tiap-tiap kali beri pengampunan, maknanya semakin banyaklah PATI akan tinggal di negara ini tanpa masalah," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau mengulas permintaan Naib Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), A. Balasubramaniam supaya kerajaan mengisytiharkan pengampunan bagi membolehkan sejumlah 2.1 juta PATI meninggalkan negara ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: