
![]() |
| CHE NORMAH menahan sebak melihat rumahnya hangus . |
ALOR SETAR - Baju pengantin dan bunga telur untuk satu majlis perkahwinan pada 25 Disember ini adalah antara barang yang musnah dalam kebakaran melibatkan lima buah rumah di Kampung Gunung Sali, Jalan Gangsa dekat sini semalam.
Seorang daripada mangsa, Che Normah Mat Lazim, 48, berkata, sebaik menerima panggilan telefon daripada anaknya, dia bergegas pulang.
"Namun apa yang dapat dilihat hanya api yang marak sedang membakar rumah yang kami diami sejak 30 tahun lepas hangus terbakar.
"Lebih menyedihkan lagi, semua barang persiapan perkahwinan anak lelaki saya, Yusnizad Yusof, 23, pada 25 Disember ini turut hangus dijilat api," katanya.
Ujarnya, akibat kebakaran ini, dia sukar untuk membuat keputusan sama ada majlis perkahwinan dapat diteruskan di pihaknya atau tidak.
"Nak buat kenduri macam mana? Rumah pun dah tak ada dan barangan kahwin bernilai RM1,000 pun sudah hangus," katanya.
Bagaimanapun, Che Normah bersyukur kerana dua orang anak dan cucunya yang tinggal di rumah selamat.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: