|
|
KUALA LUMPUR - Seorang gadis (gambar) dari sebuah kolej swasta di sini sangat bersyukur apabila menyangka yang dia dapat mengubah nasibnya yang didakwa malang selepas berjumpa dengan seorang penilik nasib di sebuah pusat beli-belah di sini Disember tahun lalu.
Dalam pertemuan dengan tukang tilik itu, gadis berusia 21 tahun itu dimaklumkan bahawa garisan lurus pada kedua-dua belah tapak tangannya membawa petanda nasib malang iaitu dia akan mati pada usia muda dan bakal mengalami penyakit kronik jika berkahwin dengan orang bujang.
Justeru itu, bagi mengelak nasib buruknya, gadis itu perlu berkahwin dengan suami orang atau paling tidak dia perlu menjadi perempuan simpanan kepada mana-mana lelaki.
|
|
Cerita tukang tilik itu diyakini oleh mangsa kerana dia menghidap penyakit kencing manis sejak berusia 19 tahun.
Empat bulan kemudian mangsa yang mahu dikenali sebagai Loh bertemu dengan tukang tilik yang dikenali sebagai Master Choy itu bagi membuang nasib malangnya.
Master Choy bersetuju dan membawa mangsa ke hotel di ibu negara.
"Di hotel itu, Master Choy mencabul saya dengan alasan mahu mencari kunci pembawa sial yang ada dalam badannya," ceritanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: