|
|
BINTANG filem Mad Money, Katie Holmes dilaporkan telah membelanjakan wang sebanyak $25,000 (RM84,712.31) sebulan untuk pakaian anak perempuannya Suri.
Katie dikatakan berazam untuk menjadikan anak kesayangannya yang berusia 3 tahun itu sebagai kanak-kanak paling bergaya di Hollywood.
Perbelanjaan terbaru Katie adalah AS$5,000 (RM16,942.31) untuk sebutir batu delima dan dua helai baju berharga yang berharga AS$1,500 (RM5,082.74) setiap satu khas untuk Suri.
Satu sumber memberitahu majalah Britain's Grazia: "Menggayakan Suri dengan pakaian yang cantik dan mahal telah menjadi hobi terbaru Katie. Dia sanggup melayari Internet dan berjalan seharian sepanjang Beverly Hills hanya untuk mencari pakaian dan aksesori yang berlainan.
"Salah satu gaya kegemaran Katie adalah inspirasi daripada fesyen 1980-an. Dia sering menyarungkan Suri dengan legging, baju lengan panjang atau gaun berwarna cerah. Suri juga suka berfesyen dan mengambil bahagian dalam memilih pakaiannya."
Baru-baru ini Katie menimbulkan kontroversi apabila gambar Suri bersiar-siar sambil memakai kasut tumit tinggi dirakamkan. Pakar kesihatan kanak-kanak turut mengkritik tindakan Katie membenarkan Suri memakai kasut yang tidak sesuai dengan umurnya kerana ia boleh mengundang masalah kesihatan yang serius.
Tambah sumber itu lagi: "Suri tidak boleh berjalan dengan betul apabila dia mengenakan kasut tumit tinggi itu. Kadangkala dia berjalan dengan jari kakinya terjulur keluar dari kasut.''
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: