![]() |
| SIMON COWELL menunjukkan tangannya yang bersih tanpa bulu di Los Angeles baru-baru ini. |
LOS ANGELES - Juri rancangan realiti American Idol, Simon Cowell bangga menunjukkan tangannya yang kini licin dan cerah seperti tangan seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam.
Selebriti berusia 50 tahun yang berbulu dada lebat itu dilaporkan membuat tempahan beberapa sesi rawatan lilin panas untuk membuang bulu tangannya yang didakwa lebat seperti mawas.
Sebelum ini, dia mengaku mengambil suntikan botox bagi membuang kedutan di mukanya.
"Ya, saya mengambil botox. Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Ramai kenalan saya mengambil botox kecuali penyanyi Cheryl Cole," katanya.
Jutawan industri muzik itu bukan selebriti lelaki pertama yang membuang bulu tangan.
Tiga tahun lalu, penyampai berita saluran Sky Sports, Richard Keys turut berbuat demikian selepas dia digelar serigala jadian oleh beberapa peminat kerana bulu lebat pada tangannya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: