Saturday, December 26, 2009

Sejadah gambar buah mahjong


SHAHRIL menunjukkan sejadah yang terdapat tenunan buah dadu di Parit Besar, Batu Pahat.

BATU PAHAT - Seorang lelaki terkejut apabila mendapati sejadah yang digunakan di sebuah surau berhampiran kawasan Parit Besar dekat sini baru-baru ini mempunyai tenunan berupa buah dadu yang digunakan dalam permainan mahjong.

Lelaki terbabit, Shahril Abdullah, 52, berkata, ketika hendak menunaikan solat, dia mengambil sehelai sejadah yang kelihatan agak baru.

"Namun, sebaik nampak sesuatu yang pelik, saya guna sejadah lain untuk solat.

"Sejadah itu kemudian saya bawa balik bagi mengelak orang lain menggunakannya," katanya.

Tetapi, katanya, selepas beberapa hari, dia berasa terpanggil untuk memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak akhbar kerana khuatir terdapat lagi sejadah sama di negara ini.

Jelasnya, sejadah yang mempunyai tenunan berbentuk buah dadu itu dipercayai diimport dari luar negara berdasarkan cebisan notis buatan Turki yang terdapat pada sejadah terbabit.

Beliau berharap pihak berkuasa dapat memantau penjualan sejadah di pasaran agar sejadah dengan hiasan seperti itu tidak dijual oleh mana-mana pihak.

12 comments:

  1. khayalan semata-mata..

    ReplyDelete
  2. aku xnampak pon....kompem dia ni kaki judi main mahjong....kalo x, takkan dia kenal kot dadu mahjong tu mcm mana ghupenye....pastuh suka2 hati ambil bawak balik sejadah wakaf kat surau kampong. Curi namanya tu bang.bedosa tuh...xde makna la semayang tungeng tungak hari2.atau ini hanya alasan utk mendapatkan sejadah yang "agak baru" hahahahaha

    ReplyDelete
  3. aku pun xnampak d mana buah dadu tu. .sbb aku tak tau pun mcm mna rupa buah dadu tu. .

    ReplyDelete
  4. pakcik nih komfius antara buah dadu dgn buah dada....ini kes air naik kepala laaaaa.....

    ReplyDelete
  5. aku pn x nmpak gak.
    agaknye org tua ni rabun kot...

    ReplyDelete
  6. heheh.. konpius jugakkk....

    ReplyDelete
  7. orang yang main mahjong jer boleh perasan....

    ReplyDelete
  8. cuba perhatikan betul2..memang ade..buahnya warna putih dan ada bintik2 hitam..kat atas pintu gerbang masjid tu..apalah korang ni mengata pakcik tu.niat dia murni tau..mcm mane nk mintak maaf tu..

    ReplyDelete
  9. aku setuju. janganlah nak mengata pakcik tu. berdosa.pas tu jgnlah nak tuduh pakcik tu mencuri. baca betul2 artikel 2...

    ReplyDelete
  10. Pkcik nie msti bekas2 Otai mahjong...sbb tu die tau...aku x nmpak pape pn pelik kt sejadah tu...agknye x khusyuk kot die nk solat ats sjdh tu sbb trigt kt zaman2 otai die..kakaka

    ReplyDelete
  11. x baiklah pakai nuduh2 owg ni..
    may be dia tau coz dia ader tengok dalam tv..
    lagi satu..
    jgn kater dia 2 mencuri
    dia x mencuri dia just bawak balik supaya owg len x solat atas sejadah 2..
    niat beliau baik n murni
    jgn pake nuduh owg..
    kalo owg yang x nampok buah yang bebentuk dadu 2 means dia 2 dah tua n rabun :P

    ReplyDelete
  12. kadang kala seseorang mendapat pengetahuan melalui buku,percakapan,dan pendengaran.jagan tuduh seambarangan.itu fitnah.ia lebih tajam dari mata pedang.fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh.fikir itu pelita hati.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: