Sunday, December 6, 2009

Sasar 50 peratus bersukan 2020


Eksekutif Jualan Kumpulan Utusan, Ibrahim Shakbodin (kiri) mengedarkan akhbar Kosmo! percuma kepada peserta karnival sukan di Kuala Lumpur.



FATHUL RAZI


KUALA LUMPUR – Kira-kira 21.6 juta daripada kesemua 27 juta rakyat Malaysia tidak mengamalkan budaya hidup sihat dengan melakukan senaman tiga kali seminggu.

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (KBS), Datuk Fathul Razi Bakri berkata, mengikut kajian pihaknya, hanya 20 peratus atau 5.4 juta rakyat di negara ini sahaja berbuat demikian.

“Kita (KBS) menyasarkan sebanyak 50 peratus rakyat negara ini bersukan menjelang tahun 2020,” katanya dalam satu sidang media di sini semalam.

Beliau sebelum itu melancarkan Karnival Sukan Untuk Semua 2009, Cergas: 1 Belia 1 Malaysia di Taman Rekreasi Pudu Ulu, Cheras di sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: