Sunday, December 20, 2009

Ribuan tersangkut dalam terowong Eurostar




PARIS - Lebih 2,000 penumpang daripada empat buah kereta api laju Eurostar terperangkap semalaman di terowong bawah tanah Selat Inggeris antara Britain dan Perancis sejak lewat kelmarin.

Ia dipercayai berlaku apabila enjin kereta api tiba-tiba berhenti sebaik meninggalkan laluan cuaca sejuk di darat sebelum memasuki kawasan panas di dalam terowong itu.

Jurucakap Eurostar, Bram Smets berkata, penumpang semalam dipindahkan secara berperingkat dengan dibawa menggunakan beberapa buah bas perantara ke destinasi dituju.

Terowong sepanjang 50 kilometer itu masih lagi ditutup untuk memindahkan kereta api tersebut dengan bantuan lokomotif enjin diesel menyebabkan beberapa perkhidmatan tergendala.

Cuaca sejuk ekstrem mengakibatkan ribuan kenderaan yang mahu memasuki terowong untuk menuju ke Perancis tersangkut di Britain dan mencetuskan kesesakan amat teruk.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: