Tuesday, December 22, 2009

Rakan-rakan tahu rahsia Woods




NEW YORK - Rakan-rakan karib Tiger Woods (gambar) mengetahui mengenai perempuan-perempuan simpanan bintang golf No.1 itu tetapi mereka memilih untuk membisu, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa rakan Woods pernah menasihatinya supaya berhati-hati dan jangan bermain api kerana khuatir ia akan membakar dirinya kelak.

Namun, nasihat mereka dipandang sepi oleh pemain golf itu yang tetap meneruskan hubungan sulitnya tanpa berfikir panjang.

"Kami sebagai rakan-rakan yang sayangkannya sudah menjangka perkara ini akan berlaku," seorang sahabat Woods dipetik sebagai berkata oleh akhbar New York Daily News.

"Kami pernah menyatakan kepadanya bahawa anda perlu berwaspada.

"Namun, Woods tidak menganggap hubungan sulitnya merupakan satu kesalahan kerana dia cuma mahu meredakan ketegangan," tambah rakan tersebut.

Menurut, beberapa sumber, Tiger Bell iaitu Presiden Tiger Woods Design merupakan antara mereka yang tahu hubungan gelap Woods tetapi sehingga sekarang, dia tetap setia dan tidak pernah membocorkan rahsia sahabatnya itu.

Malah, dia turut berperanan sebagai orang tengah yang mengaturkan tempat pertemuan antara pemain golf itu dengan perempuan-perempuan simpanannya.

Selain Bell, kawan Woods yang paling rapat iaitu bekas rakan sepasukannya di Universiti Stanford, Jerry Chang dan DJ, Hanlon juga tahu tentang aktiviti gelapnya.

Setelah skandal pemain golf itu dengan 14 wanita terbongkar, ketiga-tiganya mereka tetap memilih untuk mengunci mulut demi menjaga persahabatan mereka dengan Woods.

Rumah tangga Woods kini di ambang perceraian selepas isterinya, Elin Nordegren berang dengan skandal seks melibatkan suaminya itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: