Saturday, December 26, 2009

Prekuel X-Men dalam pembikinan


BRYAN SINGER


SAH! Pengarah filem terkenal, Bryan Singer sudah pun mengesahkan bahawa dia akan mengarahkan serta menulis lakon layar bagi filem prekuel X-Men.

Filem yang diberi nama X-Men: First Class itu akan mengisahkan tentang hubungan Charles Xavier dan Magneto ketika muda.

Namun begitu, Bryan enggan mengulas lanjut tentang plot dan jalan cerita filem yang sememangnya dinanti-nantikan itu.

"Apa yang boleh saya katakan filem ini nanti akan menceritakan tentang pembentukan X-Men dan bagaimana perhubungan mereka bermula.

"Berkemungkinan besar juga, filem ini akan memaparkan kisah hidup Magneto yang sebagaimana kita tahu merupakan mangsa Holocaust," ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, peminat siri filem X-Men perlu bersabar kerana filem ini hanya akan dimulakan sebaik sahaja Bryan memulakan projek filem terbarunya, Jack The Giant Killer.

Francais filem X-Men yang merangkumi X-Men (2000), X2 (2003), X-Men: The Last Stand (2006) dan X-Men: Wolverine kesemuanya mencatatkan kutipan melebihi RM4 billion di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: