
PRAGUE – Kira-kira 2,000 anggota polis dan bomba semalam membuat protes dengan membuat bising di tengah-tengah bandar ini bagi menentang cadangan pemotongan gaji kakitangan awam.
Cadangan untuk memotong gaji kakitangan awam sebanyak empat peratus itu dilakukan sebagai langkah penjimatan bagi mengekalkan bajet 2010 pada defisit AS$9.3 bilion (RM31.6 bilion).
Anggota-anggota penunjuk perasaan itu meniup wisel, trumpet dan membunyikan siren serta mengayun-ayunkan sepanduk yang terpampang dengan pelbagai slogan.
Semua penunjuk perasaan itu mendesak ahli-ahli parlimen negara tersebut membatalkan rancangan untuk memotong gaji.
Parlimen Republik Czech dijangka akan melakukan undian berhubung bajet 2010 itu.
Pakej pemotongan itu meliputi pembekuan pencen dan meningkatkan satu peratus dalam cukai.
Tujuan pakej itu diperkenalkan ialah bagi mengurangkan kesan kemelesetan global di dalam ekonomi berasaskan ekport di negara tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: