Thursday, December 10, 2009

Dipenjara 30 tahun kerana bunuh, seksa kekasih


GAMBAR menunjukkan Yost ditangkap polis di sebuah lokasi di Australia pada 2007.


ADELAIDE – Seorang lelaki Australia, Edward Christopher Yost, 46, semalam dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun selepas didapati melakukan pembunuhan kejam terhadap kekasihnya, Natasha Jones, 40, lapor sebuah akhbar semalam.

Yost didakwa bertindak sadis dengan mengikat mangsa dan memukulnya selama beberapa hari.

Mangsa ditemui dalam keadaan berbogel di rumah pasangan itu di Para Hills, 19 kilometer dari sini pada Januari tahun lalu.

Polis melancarkan gerakan memburu Yost yang dipercayai bersembunyi di sebuah rumah di Campbelltown selama sebulan sebelum dia ditahan.

Hakim Mahkamah Agung Australia Selatan, Michael David menjatuhkan hukuman itu termasuk kerana melakukan persetubuhan haram dengan gadis berusia 15 tahun yang dirahsiakan namanya antara Mac 2001 hingga Disember 2002.

Hakim itu menyatakan Yost merakamkan perbuatan menyeksa Natasha.

Yost berang dengan hukuman itu manakala keluarga Natasha enggan memberikan komen di luar mahkamah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: