Monday, December 28, 2009

Pian minta maaf kepada Jamal Abdillah


Pian


Pelakon Pian Cecupak yang menyesal tak sudah kerana buat suntikan mencantikkan wajah nak memohon maaf terhadap penyanyi Jamal Abdillah.

Kisahnya pada bulan lalu Pian selaku urus setia Fiesta Downtown, Cheras ada buat kenyataan kononnya Jamal dan beberapa artis popular lain akan hadir sempena ulang tahun pasar malam itu awal tahun hadapan. Pada hal khabarnya Jamal tak mengesahkan perkara itu lagi.

Gara-gara cerita itu, Jamal agak kecewa dan menganggap ada pihak seolah-olah sengaja nak menjual nama dia untuk mengaut keuntungan.

Jamal khabarnya nak saman sesiapa yang pandai-pandai "jual" nama dia tu.

Kerana perkara tersebut, Pian menghubungi Niezam Khamis lalu untuk meminta maaf kepada Jamal.

Sebenarnya ada salah faham menyebabkan pihaknya mengeluarkan kenyataan media mengenai kehadiran Jamal. Jamal sememangnya tidak dapat hadir pada majlis tersebut kerana ada persembahan lain.

"Saya dah bertemu dengan Jamal dan menjelaskan pekara sebenar. Alhamdulillah, Jamal faham. Cuma dia minta saya jelaskan di akhbar pula," kata Pian.

Menurut Pian, antara artis yang mengesahkan akan hadir majlis tersebut setakat ini ialah Endang S. Taurina. Salah faham sikit-sikit tu okey lah. Kalau salah faham banyak yang tak okey.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: