Sunday, December 6, 2009

Pesakit mental mengamuk - Dua anggota polis cedera cuba tangkap lelaki bersenjata parang


AISHAH (kanan) dan anaknya, Nor Azhar (kiri) di sisi Mohd. Nazri yang dirawat di Hospital Pakar KPJ Selangor selepas cedera semasa cuba menangkap seorang pesakit mental di Sekinchan.





SHAH ALAM – Dua anggota polis cedera termasuk seorang daripadanya patah tulang pinggul apabila cuba menangkap seorang lelaki mengamuk di sebuah gerai makan di Pekan Sekinchan malam kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, kedua-dua anggotanya, Lans Koperal Mohd. Nazri Mohd. Nor, 50, patah tulang pinggul dan menjalani pembedahan bagi memasukkan besi di Hospital Pakar KPJ Selangor.

Seorang lagi, katanya, Lans Koperal, V. Selvathurai, 46, patah pergelangan tangan kanan dirawat di Hospital Tanjung Karang dekat sini sebagai pesakit luar.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 9.15 malam itu, polis menerima laporan mengenai seorang lelaki bertindak agresif dengan bersilat dan menendang pintu di satu kawasan gerai makan di Sekinchan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: