Friday, December 11, 2009

'Penyangak' minyak terus berleluasa tanpa gangguan


TRAK pikap dari negara jiran mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Kayu Hitam.


RANTAU PANJANG - Kegiatan membeli minyak secara berlebihan oleh 'penyangak minyak' khususnya di kawasan sempadan tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perlis didapati terus berleluasa tanpa sebarang 'gangguan' daripada pihak berkuasa.

Tinjauan Kosmo! di sempadan ketiga-tiga negeri terbabit mendapati, pemilik-pemilik kenderaan dari Thailand masih bebas membeli petrol atau diesel secara berlebihan di sempadan sebelum dibawa pulang ke negara mereka.

Apa yang menjadi tanda tanya, tiada sebarang kelibat anggota penguat kuasa kelihatan untuk memantau kegiatan haram itu walaupun ia telah didedahkan Kosmo! Selasa lalu.

Ketika tinjauan wartawan Kosmo! di sini semalam, deretan kenderaan trak pikap dari Thailand mendominasi beberapa stesen minyak.

"Selagi tiada anggota penguat kuasa di stesen-stesen minyak, selagi itulah perkara ini akan berlaku sebab pengusaha hanya berniaga, dapat jual lebih, lebih untung," kata seorang pelanggan stesen minyak, Johari Selamat, 42.

Selasa lalu, Kosmo! melaporkan kegiatan haram 'penyangak' minyak dari negara jiran yang mengaut keuntungan beribu-ribu ringgit dengan membeli petrol dan diesel dari negara ini untuk dijual di Thailand.

Di Changlun, Kedah pula, masih banyak kenderaan dari Thailand yang didapati mengisi minyak secara berlebihan iaitu sehingga RM300 untuk sekali isi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: