
JOHOR BAHRU - Persatuan Bas Sekolah Se-Malaysia meminta kerajaan supaya membenarkan penggunaan bas sekolah berstatus 'menopaus' iaitu bas yang berusia lebih 20 tahun untuk terus beroperasi.
Pengerusinya, Chee Ah Tey berkata, langkah itu wajar kerana kebanyakan bas berkenaan masih berada dalam keadaan baik selain menjaga kepentingan para pengusaha bas itu.
"Buat masa ini terdapat lebih 70 peratus bas sekolah di negara ini berusia lebih 20 tahun dan hanya 40 peratus daripadanya berusia sekitar 30 tahun.
"Bagi kami, penggunaan bas berstatus 'menopaus' ini harus dikekalkan kerana setiap enam bulan, kami akan bawa bas itu menjalani pemeriksaan di Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer)," katanya selepas Mesyuarat Agung Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: